MotulEvo adalah program komprehensif yang memperluaskan perkhidmatan kepada pengendali kenderaan transmisi automatik.
Pasaran transmisi automatik sedang berkembang dengan berterusan. Bahagiannya mencapai 34% pada tahun 2013, manakala bahagian CVT dan DCT masing-masing kekal pada 8% dan 4%. Menurut ramalan, menjelang tahun 2019 bahagian pasaran transmisi automatik akan meningkat sebanyak 5.95%.
Dengan pantasnya, Motul telah megikut langkah trend dengan membangunkan program perkhidmatan transmisi automatik profesional yang inovatif yang dipanggil "MotulEvo".
MotulEvo adalah program komprehensif yang memperluaskan perkhidmatan kepada pengendali kenderaan transmisi automatik. Ia diimplikasikan dengan penggunaan mesin bilas transmisi yang mudah dan pelincir transmisi serta penyesuai yang pelbagai.
Program MotulEvo pada mulanya dilancarkan di negara Itali. Kemudian ia berkembang ke pasaran Jerman dan Rusia secara beransur-ansuran. Pada tahun 2016 dan 2017 program itu dialu-alukan oleh beberapa negara Eropah yang lain.
MotulEvo membekalkan produk
Apakah faedah sebenarnya program MotulEvo?
- Pertama sekali, ia adalah produk yang pelbagai: Sepanjang tahun operasinya di pasaran pelincir automotif, Motul telah mengeluarkan jenis pelincir transmisi yang lengkap, di mana ia boleh digunakan dalam majoriti model kenderaan dengan transmisi automatik seperti Multi ATF, Multi CVTF, Multi DCTF, dan lain-lain lagi.
- Mesin bilas yang automatik sepenuhnya, untuk kereta yang dilengkapi dengan transmisi automatik, boleh digunakan untuk servis mana-mana jenis transmisi automatik.
- Set penyesuai yang lengkap membolehkan kerja dilakukan pada majoriti transmisi automatik. MotulEvo juga terlibat dalam R & D berterusan untuk jenis penyesuai yang baru.
MotulEvo membekalkan perkhidmatan
Laman web motulevo.com yang diperbaharui sepenuhnya dengan perisian pangkalan data baru, didedikasikan untuk menyokong bengkel dan mekanik dalam proses penyelenggaraan dan penggantian pelincir transmisi, menyampaikan arahan yang jelas dan tepat, pengetahuan dan kepakaran untuk pengendalinya, serta membawa manfaat yang penting bagi penggunanya dari segi penjimatan masa dan kepelbagaian kenderaan yang diberi perkhidmatannya.
MotulEvo membekalkan pendidikan
Motul juga menawarkan latihan teknikal di mana wakil pegedar dan pusat servis kereta, rakan kongsi MotulEvo, mempelajari asas operasi transmisi automatik, dengan itu memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan profesional kepada pelanggan mereka.
Program latihan MotulEvo termasuk empat modul:
- MotulEvo Basic: asas reka bentuk dan operasi transmisi automatik.
- MotulEvo Essential: latihan operasi praktikal mesin bilas.
- MotulEvo Expert: latihan mendalam yang meliputi aspek teori dan praktikal bagi perkhidmatan transmisi automatik.
MotulEvo adalah sinonim dengan perkhidmatan transmisi automatik yang profesional. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Motul serantau anda.
Pakej produk dan perkhidmatan yang penuh membolehkan setiap peruncit atau bengkel untuk melaksanakan kerja dengan cara yang betul dan profesional, serta meningkatkan perniagaan mereka.